Contact Card (Versi 1.0)

Hai, saya ingin kongsikan salah satu tool baru yang saya bangunkan baru-baru ini. Projek ini lebih kepada hobi dan sesiapa pun dibenarkan untuk menggunakannya secara percuma.

Objektif

Seringkali kita menghadapi masalah untuk minta rakan-rakan atau pelanggan kita menghubungi kita, kadang2 kita hantar no telefon atau email untuk dia hubungi kita samada melalui Call, Whatsapp, Email, dan sebagainya. Kadang2 dia kena simpan dulu nombor tersebut untuk Whatsapp, atau kena copy paste untuk buat panggilan telefon, hantar email, dan lain-lain.

Wujudnya url shorcut seperti wasap.my menyelesaikan masalah tersebut apabila kita hanya hantar link tersebut kepada rakan-rakan atau pelanggan dan mereka boleh terus klik kan...



Tapi kenapa WhatsApp sahaja?

Kenapa bukan perkhidmatan lain seperti email, panggilan telefon, telegram, dan lain-lain. Jadi saya buat projek ini untuk menyokong semua jenis komunikasi. 

Sebagai contoh cuba klik link ini http://azbahri.mstore.my/call - Terus boleh call kan? Sebab itulah lahirnya idea untuk Contact Card (Versi 1.0) ini.

Selamat mencuba!



Contact Card (Versi 1.0)

Anda boleh gunakan contact card ini untuk memudahkan pelanggan atau rakan-rakan anda menghubungi anda. Ianya menyokong fungsi pautan Panggilan Telefon (Call), Whatsapp, Telegram, Email, Facebook Page/Profil, Instagram, Twitter, dan URL Website/Blog.

Sebaik sahaja anda mendaftar (percuma), anda boleh tentukan URL (xxx.mstore.my) unik anda sendiri.


Terdapat juga ciri-ciri tambahan lain seperti:

  • Statistik Pelawat (unique visitors)
  • Pilih alamat URL unik percuma anda sendiri (xxx.mstore.my)
  • Pilihan template dan warna tema
  • Muatnaik gambar profil atau logo anda sendiri
  • Menyokong pautan Call, Whatsapp, Telegram, Email, FB, Instagram, Twitter, dan Web
  • Tetapkan teks perbualan awalan untuk Whatsapp
  • Boleh daftar sehingga maksimum 3 Contact Card (untuk setiap pengguna)
  • Ciri-ciri tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa

Nak tengok demo? 
- http://azbahri.mstore.my 

Jadi tungu apa lagi, dapatkan Contact Card anda secara percuma. Saya tak kenakan apa2 bayaran pun okay.

Pendaftaran (Percuma)
https://www.mstore.my

Sekiranya tuan/puan ada sebarang cadangan, maklumbalas mahupun untuk melapor sebarang masalah boleh terus menghubungi saya melalui Contact Card saya.

Terima kasih.



Comments

William Tan said…
Baik sekali bro! Idea yg bagus. Teruskan usaha dan terima kasih untuk berkongsi������
William Tan said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
nice bro. semoga success dlm kehidupan.!
Unknown said…
Jazakallahu khairan Semoga diberi kebaikan atas usaha.
Zaki said…
Teruskan usaha murni... Moge bermenafaat kpd orang ramai.. Serta mendapat redha Allah.
Zaki said…
Teruskan usaha murni... Moge bermenafaat kpd orang ramai.. Serta mendapat redha Allah.
rokoksebate said…
Bagus idea ni... teruskan mereka cipta realisasikan idea keperingkat seterusnya...

Popular posts from this blog

Send Whatsapp message without saving number to phonebook

Update to latest version